follow me on Twitter

    Thursday, March 12, 2009

    Pantun Buat Datuk

    Di sini ingin Lagenda Badut mempersembahkan sebuah pantun buat tatapan orang ramai, dan ditujukan kepada para Datuk-Datuk, Datin-Datin, Ahli-Ahli Politik, Orang ternama dan orang ramai yang tidak ingin menjadi terkenal kerana hal-hal yang patut berlaku di dalam hidup peribadi sendiri.

    Gajah dan singa sama berlari,
    Sampai sungai gajah diterkam.
    Walaupun sudah hangat berahi,
    Aksi hebat usah dirakam.

    Sungai tempat baju dicuci,
    Air jernih pula dicemari.
    Sebelum mula hebat beraksi,
    Kamera ditutup bilik dikunci.

    Angin meniup membawa sampan,
    Singgah pula bawah jambatan.
    Kalau ingin simpan buat tatapan,
    Baik sedia kalau di"upload"kan.

    Ada jambatan ada daratan,
    Ada daratan ada bangunan.
    Ada keinginan ada keizinan,
    Ada keizinan ada perhatian.

    Bangunan tinggi kebanggan negara,
    "Lonely Planet" beri 5 "Star"
    Anak gadis harus berwaspada,
    Kalau tak ingin jadi "Net Star"

    Majalah ditatap buangnya akhbar,
    Berita hangat mulut membawa.
    Cerita hangat mudah disebar,
    Bila dah terkenal pasti kecewa.

    Kalau mulut disalahguna,
    baik diajar moral dituntun.
    Kalau kisah telah dicerita,
    Baik mengaku meminta ampun

    Dengan ada budi pekerti,
    Delima dilahir dari arang.
    Buat salah muka dikenali,
    Usah tutup mulut orang.
    Lagenda Badut

    Harap pantun ini boleh membawa sedikit nasihat buat sesiapa yang membacanya

    2 comments:

    Anonymous said...

    eh you wrote this ah? wah lau you're damn good la! *kow tow*

    Knowolf said...

    Yes i did. I can berpuisi and all. lol